Hukum berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung ketika wudhuk dalam bulan puasa

Soalan seperti adakah dibolehkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung dibolehkan ketika wudhuk di bulan puasa adalah sesuatu yang biasa didengar. Sebahagian besar daripada kita masyarakat melayu percaya bahawa berkumur-kumur dibolehkan tetapi tidak digalakkan kerana bimbang puasa akan terbatal sekiranya air termasuk ke dalam rongga utama. Benarkah begitu? .........

Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafie, hukum berkumur dan memasukkan air ke hidung adalah sunat. Menurut Imam Ahmad hukumnya adalah wajib dan termasuk di dalam salah satu syarat membasuh muka ketika wudhuk.

Oleh itu tidak kira samada sesorang itu berpuasa atau tidak maka berkumur dan memasukkan air ke hidung ini tidaklah harus ditinggalkan. Masuknya air ke dalam perut secara tidak sengaja tidak membatalkan puasa itu.

Wallahu a'lam



Rahsia nombor

Di waktu menuntut di ITM (sekarang UiTM) dahulu saya pernah disuruh oleh pensyarah subjek Islamic studies untuk membuat assignment tentang nombor. Menurut beliau nombor itu menurut sarjana islam yang lepas bukan sahaja bermakna dari segi kuantiti bahkan dari segi kualitinya.

Sebagai contoh nombor 1 dari segi matematik adalah sangat unik kerana ianya adalah satu-satunya nombor yang tidak akan berganda sekiranya didarab dan tidak berkurang sekiranya dibahagi. No 1 menunjukkan kewujudan. Secara mantiknya kalau kita menyoal tanpa mendapat
jawapan daripada murid2 maka kita akan mengatakan "tidak ada seorang pun yang menjawab" Ini menunjukkan tidak wujud jawapan.

No 1 menunjukkan kemenangan atau superiority daripada yang lain. Nombor 1 menunjukkan ketua kerana ketua itu satu tidak dua. Sebagai contoh Agung itu satu, King di England itu satu, Presiden itu satu. Ini membawa kepada kesedaran bahawa dunia ini wujud ketua dan ketua itu satu dan satu itu Yang Maha Esa. Perkara yang mudah!! hanya dengan mengkaji nombor satu sahaja kita sepatutnya telah bertemu dengan kewujudan dan kewujudan itu adalah Allah.

Secara teorinya sekiranya seorang yang waras fikirannya akan mengakui kewujudan yang Maha Esa. Allah itu wujud, daripada Allah (no 1) wujud yang lainnya 1+1+1+.....
Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.



Tidak beranak maksudnya tidak berganda 1x1=1 Tidak diperanak/diperwarisi maksudnya 1/1=1 Sedangkan nombor yang lainnya sekurang-kurangnya boleh dibahagi dengan 2 nombor iaitu nombor 1 dan dirinya sendiri atau dikenali sebagai nombor perdana. Contohnya 2,3,5,7 dan sebagainya.

Saya akan cuba mengupas makna disebalik nombor-nombor yang lain Insyaa Allah. Stay tune ....
Murid Al-Quran saya pernah memberi saya soalan ini dengan tidak sengaja 1+1-1/1x1=?
Lebih dalam anda study lebih menakjubkan......

Satu cerita dahulu kala

Tersebut sebuah kisah yang saya dengar di waktu kecil dahulu tapi malangnya terlupa pula sapa tuan penyampai cerita. Akan tetapi cerita yang dibawa itu amat memberi kesan kepada saya sehingga dewasa ini.

Ceritanya begini.....

Ada seorang pemuda yang berjalan di pinggir sebuah kota. Berjalan tanpa arah tujuan yang nyata.


Sesampai ianya di kota, matanya tertumpu kepada seorang wanita tua yang tersangatlah
tuanya. Kalau orang melayu sebut selepas tua, nyanyuk, selepas nyanyuk pikun. Ini lebih teruk daripada pikun sehinggakan kelopak mata wanita itu mencecah bumi. Apa yang menghairankan beliau ialah manusia begitu ramai mengerumuni wanita tua itu kerana cantiknya perhiasan yang dipakai. Dek sirnanya permata, intan dan manikam yang dipakai mereka terlupa hakikat bahawa si pemakainya telah tua bangka berkeropot.

Secara tiba-tiba, gelagat dan gerak geri pemuda tersebut diperhatikan oleh seekor harimau yang muncul secara tiba-tiba. Pemuda yang telah mula merasai resah dan gelabah terus meninggalkan kota itu dan cuba melarikan dirinya dari satu kota ke satu kota dan dari satu hutan ke satu rimba yang lain. Malangnya harimau tersebut masih mengekori beliau walau ke mana pemuda itu pergi.

Ditakdirkan ketika melarikan diri tersebut pemuda itu terjatuh ke dalam sebuah lubang yang amat dalam. Pemuda tersebut bernasib baik kerana
dapat memaut kepada tali yang terdapat pada lubang itu.

Apabila dijenguk ke bawah, alangkah terperanjatnya pemuda itu kerana di bawah dasar lubang itu terdapat pelbagai binatang yang sangat berbisa dan bunyi yang sungguh luar biasa seramnya.

Apabila dijenguk ke atas pula, sekali lagi beliau terperanjat kerana terdapat 2 ekor tikus, seekor putih dan hitam seekor lagi sedang menggigit tali yang sedang dipautnya.

Pemuda itu seolah-olah menghitung hari samada beliau akan diselamatkan orang atau terus menanti untuk terperosok ke bawah dasar menjadi makanan lazat haiwan yang menakutkan.

Sementara menanti itu, terlihatlah akan pemuda itu Sang Helang melayang-layang di udara. Di kaki Sang Helang itu rupa-rupanya terdapat sebekas madu yang amat nikmat di mata beliau. Dengan tak semena-mena madu itu tumpah dan masuk tepat ke arah pemuda itu. Dengan pantas dia membuka mulut seluas-luasnya dan memang usaha beliau itu berhasil. Madu yang lazat memasuki tenggorokannya membawanya ke alam fantasi, fana .....
Tali yang selama ini dipegang erat, dilepas begitu sahaja.


Makna cerita
Wanita tua tersebut adalah DUNIA. Semakin tua dunia semakin ramai pencita. Seolah-olah dunia ini akan kekal selamanya. Akibat perhiasan yang dipakai dunia ramai yang terpukau dan terlena, seolah-olah kebahgiaan kekal selamanya.

Harimau dimaksudkan adalah Malakul Maut. Kemana sahaja seorang insan itu pergi pasti malaikat maut akan menjengahnya. Adalah dikhabarkan melalui sepotong hadith, Rasulullah bersabda " bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." Kerja malaikat ini sangat efektif tidak lambat sesaat dan tidak akan cepat sesaat. Walaubagaimanapun tidak ramai yang menyedari yang diri mereka sentiasa diperhatikan oleh malaikat izrael kecuali mereka yang solih dan terpilih.

Tikus putih dan hitam pula diibaratkan seperti siang dan malam. Samada kita sedari atau tidak masa akan terus berjalan. Samada kita beribadah atau tidak, masa akan terus berjalan ....
Samada kita beramal solih atau tidak, masa akan terus berjalan....
Samada kita mati dalam iman atau tidak, masa akan terus berjalan.....

Lubang yang dalam dan dipenuhi dengan haiwan berbisa pula diibaratkan seperti neraka, menunggu mereka yang lalai dan menderhaka.

Tali adalah seperti aqidah yang perlu dipegang dengan erat dan kuat. Islam hanya menawarkan satu jalan sahaja iaitu jalan yang lurus seperti mana yang terdapat dalam surah al-fatihah "Tunjukilah aku jalan yang lurus"

Helang dan madu adalah syaithan yang menggoda. Sesiapa yang tergoda dengan pujuk rayu syaithan maka akan melepaskan tali yang sepatutnya dipegang kemas.

Cerita ini mungkin sedikit berlainan daripada cerita sebenar kerana saya menerimanya daripada mulut ke mulut. Sesiapa yang ada cerita sebenar dialu-alukan untuk berkongsi.

25 Rasul menurut Al-Quran dan Injil


Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggalkanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan kami berikan Nabi Isa Ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mu'jizat), serta Kami kuatkan dia dengan RuhuI-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nascaya orang-orang yang datang kemudian daripada rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbullah diantara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dihendakiNya.


Adalah sesuatu yang menarik perhatian saya ketika mengkaji 25 Rasul menurut Islam dan Kristian. Tidak kesemua Rasul di dalam senarai 25 Rasul yang kita ketahui adalah juga Rasul sebagaimana yang terdapat pada kitab Bible. Bahkan ada sesetengah Rasul yang disebut di dalam Quran dihina dengan begitu teruk sekali sehingga tidak layak bagi seseorang yang sangat mulia itu diangkat menjadi Rasul.

Sebagai contoh Nabi Lut, Injil menyatakan bahawa Nabi Lut menjalankan hubungan terlarang dengan anak-anak perempuan baginda. Ini dapat dilihat dengan jelas pada potret-potret yang dilukis dan dianggap suci pada agama kristian?! Walaubagaimanapun terdapat kesamaan dalam kisah Nabi Lut di mana baginda menentang sodomi dengan jelas.

Di bawah disertakan nama-nama Rasul di dalam Islam dan nama lain di dalam Injil.

No Nama Arab Nama Inggeris

1 Adam Adam

2 Idris Enoch

3 Nuh Noah

4 Hud Ada teori mengatakan beliau adalah Eber

5 Saleh Shelah

6 Ibrahim Abraham

7 Lut Lot

8 Ismail Ishmael

9 Ishaq Isaac

10 Yaakub Jacob

11 Yusuf Joseph

12 Ayyub Job

13 Shu'aib Jethro

14 Musa Moses

15 Harun Aaron

16 Dzulkifli Ezekiel

17 Daud David

18 Sulaiman Solomon

19 Ilyas Elijah

20 Ilyasa' Elisha

21 Yunus Jonah

22 Zakaria Zechariah

23 Yahya John

24 Isa Jesus

25 Muhammad Muhammad





Template Brought by :

blogger templates